Rabu, 15 April 2009

THAHARAH 1

THAHARAH 1


Penjelasan bersuci

  1. Menurut perkataan sehari-hari, bersuci artinya membersihkan diri atau benda-benda dari najis dan kotoran seperti air ludah, kotoran hidung dan tahi telinga.
  2. Arti bersuci menurut syariat ialah menghilangkan halangan untuk beribadah dikarenakan adanya hadas atau najis atau menghilangkan halangan untuk memakan suatu benda dengan sebab kenajisannya.
  3. Alat untuk bersuci itu ialah air, tanah dan batu. Namun airlah yang paling mudah untuk digunakan sebagai alat untuk bersuci.
  4. Hukum bersuci dari hadas dan najis adalah wajib mengikut ijmak ulama. Syarat bersuci dan hadas adalah dengan air dan sekiranya air tidak ada ataupun tidak dapat menggunakan air untuk bersuci maka hendaklah bertayammum.

AIR YANG SAH UNTUK BERSUCI

Air yang sah untuk bersuci hanyalah air mutlak termasuk:

  1. Air hujan,
  2. Air embun.
  3. Air laut.
  4. Air sungai.
  5. Air sumur.
  6. Air mata air.
  7. Air salju.

Air di atas tidak peduli sifat asalnya putih, hitam, kelabu, jernih, keruh masam, manis dan sebagainya, asalkan ia sumber asli yang keluar dari bumi atau turun dari langit.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar